About Me

My photo
Aloha! I'll do what makes me happy...be with who makes me smile..laugh as much as i breathe & love as long as i live....

Thursday, 14 February 2013

Set Bersalin Yang Mana Pilihan Hati?

Setakat ni, barang-barang keperluan untuk si kecil boleh dikatakan hampir 95% complete… :) Wallah! kemain lagi eksaited dah beli barang baby kan hehe. Tu lah jiwa mommy la katakan… 24 jam fikir pasal anak je… :) sekarang ni baby movement makin terasa.. Bila selak perut tengok perut goyang-goyang aku fikir tah apa lah yang dibuat anak mama dalam tuh… Tak sabar nak keluar ye sayang…. Sabar eh eh… weeeee~ 

Anyway, dok sibuk menyiapkan persiapan anak… barang keperluan mama plak yang masih pending… biasalah tu anak is priority… Oklah, kali ni aku nak buat review pasal Set Bersalin plak… Sampai harini tengah dok fikir-fikir lagi ni set bersalin mana yang aku nak beli… hurm…. 

Sebenarnya ada pelbagai jenis dan brand set bersalin yang dijual di serata Malaysia ni. Seyes kau… nak sebut satu-satu sampai tulat pun tak habes. Cumanya nak cari yang mana yang terbaik tu yang tatau… aku nak listkan kesemua brand tersebut rasanya tak perlulah kot.. kang jamu2 yang jual tepi jalan tu pun aku masukkan jugak haha. So, aku listkan je lah mana-mana yang paling laris dan popular di kalangan ibu-ibu bersalin okay. 

Tanamera Postnatal Care Set 


Bagi anda yang tak suka makan jamu-jamuan bolehlah mencuba produk tanamera ni. Bila jengah-jengah ke laman sesawang ramai jugak yang memilih produk dari tanamera ni. Set tanamera ni hampir kesemua produknya adalah untuk kegunaan luaran.. ada pun teh je kot untuk diminum. 

Item-item yang included dalam set tanamera consist of: 
  • Cold Pressed Virgin Coconut Oil (100ml) 
  • Feminine Herbal Wash (10gm x 14 sachets) 
  • Herbal Bath (10gm x 14 sachets) 
  • Herbal Massage Oil (100ml) 
  • Firming Herbal Blend Paste (15gm x 14 sachets) 
  • Bengkung / Abdominal Wrap 
  • Herbal Tea (2gm x 14 sachets) 
  • Calming Herbal Blend Paste (3gm x 4 sachets) 
  • Boreh Body Scrub (20gm x 4 sachets) 
  • Brown Formulation Soap (125gm) 
  • Lavender Floral Water (70ml) 
Yang bestnya ada few items yang boleh digunakan sebelum bersalin macam VCO, Brown Formulation Soap dan Herbal Massage oil. 

Harga? RM 360.. :)


Set Bersalin Amway – Tropical Herbs 


Kalau yu ols jenis yang suka ala-ala traditional bolehlah cuba Set Bersalin dari Amway – Tropical Herbs. Orang cakap, produk-produk di Amway ni bagus sebab semuanya made from bahan-bahan semulajadi.. So, same goes to dia punya set bersalin. Set bersalin Tropical Herbs merupakan sistem herba lengkap untuk membantu mommies memulihkan tubuh badan di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah. Ramai jugak review yang set bersalin ni berkesan untuk diorang.. ada jugak yang tak habis guna sebab tak konsisten kan. 

Produk-produk yang terkandung di dalam set bersalin ini termasuklah: 

Untuk dimakan
  • Teh Herba, Lepas Bersalin 1 dan Lepas Bersalin 2. 

Untuk Kegunaan Luaran
  • Herba Pembersih Wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan, dan Campuran Penenang. 

Yang menariknya, dengan setiap pembelian set bersalin Amway akan dapat bengkung lepas bersalin secara PERCUMA… :) Untuk mommies yang bersalin melalui caesarian, boleh menggunakan set bersalin ini sebulan selepas melahirkan. 

Harga adalah RM293.. maybe leh dpt murah lg dr agent2 dorang..
 

Set Bersalin Herbanika Nona Roguy 

Nona Roguy is quite familiar among all mommies yang berpengalaman melahirkan.. From my observation, most of the users berpuas hati dengan produk ni. Kalau ada mommies yang biasa kena sembelit selepas bersalin pakai produk NR ni confirm takde masalah sembelit. Ianya sesuai untuk mommies yang bersalin normal ataupun secara caesarian. 

Produk yang terdapat dalam rangkaian Herbanika adalah: 
  • PhytoNatal 90 biji 
  • Krim Herbanika Barut 60g 
  • Herbanika Lulur 100g 
  • Minyak Herbanika 100ml 
  • Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag 
  • Akar Herbanika 10 t-bag 
Untuk maklumat lanjut mengenai setiap produk, silalah google ye tiada 

Harga? RM365 untuk bukan ahli. Gulp. Kalau yu ols jumpa kedai yang ada diskaun bolehlah dapat dengan harga yang lebih murah.. n kalau anda bijak mencari mungkin ada kedai yang bagi free gift macam produk bersalin tambahan ataupun bengkung… :)


Set Bersalin Shaklee 


Sebelum ni aku tak tatau pun kewujudan produk Shaklee ni.. Tapi ramai betul dok memperkatakan mengenai keberkesanannya. Seller-seller online pun tak kurang hebatnya dok promote Shaklee dengan testimoni-testimoni pelanggan mereka. Wallah… tergugat juga iman aku kadang2… yela, awalnya dalam fikiran ni fikirkan Tanamera dan Amway sahaja. Nah, datang plak lagi set bersalin jenama Shaklee. So, aku pun observe sana-sini tengok pendapat-pendapat users dan get to know dengan lebih details produk-produk yang terdapat di dalamnya. 

Bagi mommies yang tak suka akan jamu-jamu, herba bagai tu mungkin set bersalin Shaklee ni sesuai untuk anda.. Set bersalin Shaklee dikatakan selamat kerana produk-produknya adalah terdiri daripada vitamin-vitamin semulajadi di mana ianya tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bayi. 

Produk-produk yang terkandung di dalam Set Bersalin Shaklee adalah: 
  • Vitalea Iron Formula 
  • B-Complex 
  • Vitamin C 
  • Zinc Complex 
Untuk satu set di atas harganya dalam RM100 (untuk 40-44 hari) 

Biasanya untuk hasil yang lebih untuk tubuh badan dan penyusuan, seller turut menawarkan 2 produk tambahan iaitu:
  • Energizing Soy Protein (ESP) berharga RM120 
  • Ostematrix Berharga RM49 
*Harga yang anda dapat mungkin berbeza, depends on kedai yang anda jumpa.. can be less can be more… :) 

Hm, nampak menarik. Tapi kan… produk Shaklee ni takde ke krim untuk sapu kat perut tu kan. Boleh kurus ke setakat makan vitamin je? hurm tatau arr....

Sebenarnya ada banyak lagi set-set bersalin yang dijual di serata Malaysia ni. Antaranya adalah Set Bersalin Leesa Formula, Salindah, Mustika Ratu, DCL, Sendayu Tinggi dan macam-macam lagi lah. Tapi nak review satu-satu sampai nak beranak anak kedua pun tak habeh lagi kan... 

Apepun, tak kira set bersalin mana yang anda pilih pasti ada pros and cons nya  ye dak.. bukan lah kata sesetengah produk tu tak bagus.. tapi kadang-kadang depends kepada si penggunanya jugak.. kalau bagus pada dia... maka berkesanlah set bersalin tu pada dia ye dak?

Aku? Masih konpius nak pakai set bersalin mana. Keempat-empat produk yang aku review kat atas memang di antara carta tertinggi dalam kepala otak ni... Tapi, nak beli yang mana satu? Impian aku hanya satu...

NAK KURUS!!!! kalau boleh nak kurus dari sebelum pregnant. Al-maklumlahh.. rasanya sebelum preggy pun badan ni dah macam tong drum hahahaha... so, aku berazam nak berpantang betul-betul...Insya Allah

So u guys... tolonglah bagi suggestion which Confinement Set yang patut aku cuba? hurm....

No comments:

Post a Comment