About Me

My photo
Aloha! I'll do what makes me happy...be with who makes me smile..laugh as much as i breathe & love as long as i live....

Friday, 15 February 2013

Friday...Check Up...


Assalamualaikum… 

Finally, It’s Friday! Everybody suker Friday kannn esp yang keje 5 hari seminggu…:D Semakin perut membesar ni, makin malas nak pegi kerja sebenarnya…tatao la nape...maybe coz arini kena minum air gula pastu amik darah lg…then check up pewot lg…pala jadi penin…tmbah lak td da termuntah gara2 minum air gula…atau mungkin sebab sekarang ni dah makin cepat letih… n akal pun tak berapa nak dapat berfungsi dengan baik makanya, bila buat sesuatu kerja tu.. Ahhh agak serabut pastu sakit kepala.. padahal kerja tu kerja senang je.. haish~ kena bertenang sebelum carry on dengan kerja-kerja tu…

Eh td aku pegi check up yang kali ke bape tah hehe. Sekarang kandungan dah 34 weeks so kenalah datang every 2 weeks. Arini punya temujanji kena minum air gula…memula amik darah then minum air gula…pastu g lak check up pewot then tunggu la 2 jam before amik darah skali lg plus dptkan result HIV…sblm ni tk wt lg HIV tu…tp sementara nk amik darah for 2nd round tu, aku mmg da penin pala..pastu pewot lak lapar coz tk leh mkn…alih2 aku da termuntah air gula tu skit kt ruang menunggu…kelam kabut aku g toilet…huhuhuh…sib baik my hubby ade…dia yg tolong carikan makcik cleaner kt klinik tu utk bersihkn lantai gara2 air gula yg aku muntahkan...dr dlm toilet tu aku dgr makcik cleaner tu bising2 tnya sapa la yg muntah ni…my hubby kata ‘My Wife’…so my hubby mintak makcik tu tolong mopkan lantai.  Tp cara makcik tu mcm tk puas ati coz kotorkn lantai kot…huhuhu…sian my hubby…nk wt cmne kn? Da nk termuntah…mana leh tahan2 kn…So my next check up will be 28 Feb 13 ni kt Klinik Kesihatan, Cheras pastu 4 March 13 lak kt HUKM….

K lah that’s all. Bye! 

Thursday, 14 February 2013

Set Bersalin Yang Mana Pilihan Hati?

Setakat ni, barang-barang keperluan untuk si kecil boleh dikatakan hampir 95% complete… :) Wallah! kemain lagi eksaited dah beli barang baby kan hehe. Tu lah jiwa mommy la katakan… 24 jam fikir pasal anak je… :) sekarang ni baby movement makin terasa.. Bila selak perut tengok perut goyang-goyang aku fikir tah apa lah yang dibuat anak mama dalam tuh… Tak sabar nak keluar ye sayang…. Sabar eh eh… weeeee~ 

Anyway, dok sibuk menyiapkan persiapan anak… barang keperluan mama plak yang masih pending… biasalah tu anak is priority… Oklah, kali ni aku nak buat review pasal Set Bersalin plak… Sampai harini tengah dok fikir-fikir lagi ni set bersalin mana yang aku nak beli… hurm…. 

Sebenarnya ada pelbagai jenis dan brand set bersalin yang dijual di serata Malaysia ni. Seyes kau… nak sebut satu-satu sampai tulat pun tak habes. Cumanya nak cari yang mana yang terbaik tu yang tatau… aku nak listkan kesemua brand tersebut rasanya tak perlulah kot.. kang jamu2 yang jual tepi jalan tu pun aku masukkan jugak haha. So, aku listkan je lah mana-mana yang paling laris dan popular di kalangan ibu-ibu bersalin okay. 

Tanamera Postnatal Care Set 


Bagi anda yang tak suka makan jamu-jamuan bolehlah mencuba produk tanamera ni. Bila jengah-jengah ke laman sesawang ramai jugak yang memilih produk dari tanamera ni. Set tanamera ni hampir kesemua produknya adalah untuk kegunaan luaran.. ada pun teh je kot untuk diminum. 

Item-item yang included dalam set tanamera consist of: 
  • Cold Pressed Virgin Coconut Oil (100ml) 
  • Feminine Herbal Wash (10gm x 14 sachets) 
  • Herbal Bath (10gm x 14 sachets) 
  • Herbal Massage Oil (100ml) 
  • Firming Herbal Blend Paste (15gm x 14 sachets) 
  • Bengkung / Abdominal Wrap 
  • Herbal Tea (2gm x 14 sachets) 
  • Calming Herbal Blend Paste (3gm x 4 sachets) 
  • Boreh Body Scrub (20gm x 4 sachets) 
  • Brown Formulation Soap (125gm) 
  • Lavender Floral Water (70ml) 
Yang bestnya ada few items yang boleh digunakan sebelum bersalin macam VCO, Brown Formulation Soap dan Herbal Massage oil. 

Harga? RM 360.. :)


Set Bersalin Amway – Tropical Herbs 


Kalau yu ols jenis yang suka ala-ala traditional bolehlah cuba Set Bersalin dari Amway – Tropical Herbs. Orang cakap, produk-produk di Amway ni bagus sebab semuanya made from bahan-bahan semulajadi.. So, same goes to dia punya set bersalin. Set bersalin Tropical Herbs merupakan sistem herba lengkap untuk membantu mommies memulihkan tubuh badan di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah. Ramai jugak review yang set bersalin ni berkesan untuk diorang.. ada jugak yang tak habis guna sebab tak konsisten kan. 

Produk-produk yang terkandung di dalam set bersalin ini termasuklah: 

Untuk dimakan
  • Teh Herba, Lepas Bersalin 1 dan Lepas Bersalin 2. 

Untuk Kegunaan Luaran
  • Herba Pembersih Wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan, dan Campuran Penenang. 

Yang menariknya, dengan setiap pembelian set bersalin Amway akan dapat bengkung lepas bersalin secara PERCUMA… :) Untuk mommies yang bersalin melalui caesarian, boleh menggunakan set bersalin ini sebulan selepas melahirkan. 

Harga adalah RM293.. maybe leh dpt murah lg dr agent2 dorang..
 

Set Bersalin Herbanika Nona Roguy 

Nona Roguy is quite familiar among all mommies yang berpengalaman melahirkan.. From my observation, most of the users berpuas hati dengan produk ni. Kalau ada mommies yang biasa kena sembelit selepas bersalin pakai produk NR ni confirm takde masalah sembelit. Ianya sesuai untuk mommies yang bersalin normal ataupun secara caesarian. 

Produk yang terdapat dalam rangkaian Herbanika adalah: 
  • PhytoNatal 90 biji 
  • Krim Herbanika Barut 60g 
  • Herbanika Lulur 100g 
  • Minyak Herbanika 100ml 
  • Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag 
  • Akar Herbanika 10 t-bag 
Untuk maklumat lanjut mengenai setiap produk, silalah google ye tiada 

Harga? RM365 untuk bukan ahli. Gulp. Kalau yu ols jumpa kedai yang ada diskaun bolehlah dapat dengan harga yang lebih murah.. n kalau anda bijak mencari mungkin ada kedai yang bagi free gift macam produk bersalin tambahan ataupun bengkung… :)


Set Bersalin Shaklee 


Sebelum ni aku tak tatau pun kewujudan produk Shaklee ni.. Tapi ramai betul dok memperkatakan mengenai keberkesanannya. Seller-seller online pun tak kurang hebatnya dok promote Shaklee dengan testimoni-testimoni pelanggan mereka. Wallah… tergugat juga iman aku kadang2… yela, awalnya dalam fikiran ni fikirkan Tanamera dan Amway sahaja. Nah, datang plak lagi set bersalin jenama Shaklee. So, aku pun observe sana-sini tengok pendapat-pendapat users dan get to know dengan lebih details produk-produk yang terdapat di dalamnya. 

Bagi mommies yang tak suka akan jamu-jamu, herba bagai tu mungkin set bersalin Shaklee ni sesuai untuk anda.. Set bersalin Shaklee dikatakan selamat kerana produk-produknya adalah terdiri daripada vitamin-vitamin semulajadi di mana ianya tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bayi. 

Produk-produk yang terkandung di dalam Set Bersalin Shaklee adalah: 
  • Vitalea Iron Formula 
  • B-Complex 
  • Vitamin C 
  • Zinc Complex 
Untuk satu set di atas harganya dalam RM100 (untuk 40-44 hari) 

Biasanya untuk hasil yang lebih untuk tubuh badan dan penyusuan, seller turut menawarkan 2 produk tambahan iaitu:
  • Energizing Soy Protein (ESP) berharga RM120 
  • Ostematrix Berharga RM49 
*Harga yang anda dapat mungkin berbeza, depends on kedai yang anda jumpa.. can be less can be more… :) 

Hm, nampak menarik. Tapi kan… produk Shaklee ni takde ke krim untuk sapu kat perut tu kan. Boleh kurus ke setakat makan vitamin je? hurm tatau arr....

Sebenarnya ada banyak lagi set-set bersalin yang dijual di serata Malaysia ni. Antaranya adalah Set Bersalin Leesa Formula, Salindah, Mustika Ratu, DCL, Sendayu Tinggi dan macam-macam lagi lah. Tapi nak review satu-satu sampai nak beranak anak kedua pun tak habeh lagi kan... 

Apepun, tak kira set bersalin mana yang anda pilih pasti ada pros and cons nya  ye dak.. bukan lah kata sesetengah produk tu tak bagus.. tapi kadang-kadang depends kepada si penggunanya jugak.. kalau bagus pada dia... maka berkesanlah set bersalin tu pada dia ye dak?

Aku? Masih konpius nak pakai set bersalin mana. Keempat-empat produk yang aku review kat atas memang di antara carta tertinggi dalam kepala otak ni... Tapi, nak beli yang mana satu? Impian aku hanya satu...

NAK KURUS!!!! kalau boleh nak kurus dari sebelum pregnant. Al-maklumlahh.. rasanya sebelum preggy pun badan ni dah macam tong drum hahahaha... so, aku berazam nak berpantang betul-betul...Insya Allah

So u guys... tolonglah bagi suggestion which Confinement Set yang patut aku cuba? hurm....

Senarai Keperluan Ibu & Bayi


Heyya... Entri kali ini aku nak kongsikan senarai keperluan bayi & ibu yang perlu dipersiapkan sebelum kelahiran. Mommies to be kat luar sana pun for sure masing-masing excited terlebey macam aku yang dok sibuk membuat preparation untuk newborn kan? :) 

Senarai keperluan yang aku listkan di bawah ni adalah senarai peribadi yang aku refer from many websites then aku compilekan ikut suka hati. Bolehlah dijadikan reference. Tapi tak semestinya semua nak kena ikut.. Beli ikut keperluan... kalau rasa tak perlu, tak payah beli. Kalau pengalaman pertama kali macam aku ni biasalah kalau boleh semua benda nak masuk dalam list.. hehe. 

Jom cekidaut!

For Baby:-


For Mama:-


Agak-agak terlalu awal ke aku nak beli semuanya dalam tempoh kandungan da mencecah 8 bulan ni? Hurm.. tak kot... To be safe, better persiapkan lebih awal.  Atau beli sikit-sikit supaya duit tak terasa keluar..:D Plus, aku takut kalau-kalau baby dalam perut ni nak keluar lebih awal daripada waktunya.. Bukanlah mintak nak keluar awal.. Who's know kan? So, berjaga-jaga. Apapun, aku harap kelahiran ini dipermudahkan.. n opkos aku nak bersalin normal!

Those barang-barang keperluan yang memang diperlukan just after delivery aku akan beli dulu. Barang-barang extra yang tak perlu macam stroller, car seat, etc... Bolehlah beli selepas bersalin nanti kot.. :)

Till then!



Persiapan Bersalin & Bayi will coming soon!


My baby is almost 33 weeks now.  Alhamdulillah...Alhamdulillah...terlalu pantas masa berlalu...beberapa bulan saja lagi mommy bakal bertemu permata hati dalam tummy ni... can't wait! :) 

Dulu masa di awal-awal pregnancy rasa terlalu lambat masa berlalu.. asyiklah dok menghitung hari bilalah perut nak membesar, bila lah nak rasa movement baby... his/her kicking... now... i felt all that!!! Subhanallah... indah sungguh ciptaanMu ya Allah.... :')...Kalau dulu sebelum kawen sibuk dengan maintenance diri sendiri.. nak kawen, sibuk dengan persiapan perkahwinan.. dah kawen plus dengan maintenance suami... bila dah pregnant, sibuk beli baju maternity... Laa ni.... dah nak ada baby... rasa teruja sangat nak buat preparation menyambut kelahirannya nanti.... 

Seyes! tak sabar sangat dah ni. Setakat ni baru sikit je barang-barang baby yang aku dah persiapkan. Sekarang ni kalau ada masa lapang je confirm search online shop yang jual barang-barang baby.

Perasaan nak melahirkan dan menyambut orang baru ni macam-macam ada... Rasa gembira dah tentulah gembira.. berdebar-debar pun ada.. aku terfikir.. macam manalah rasanya sakit nak bersalin.. macam manalah rasanya dah ada anak. Mampu ke aku pikul tanggungjawab sebagai ibu? Jadi isteri pun belum cukup sempurna.. memasak pun masih tengok buku resipi...-.-... alahai... moga Allah permudahkan proses bersalin dan permudahkan aku menguruskan bakal anak yang dilahirkan nanti... InsyaAllah....

So sekarang ni maintenance mama dan ayah tolak tepi... perlu fikir keperluan bakal anak pula... :) Barang-barang baby sekarang bukan murah.. kadang-kadang satu barang je dah mengalahkan baju orang dewasa... haih~ so, kenalah berjimat-jimat.. n make sure persiapan untuk menyambut anak nanti lengkap... :) haih eksaited sangat.. sekarang ni koje aku dok tengok barang-barang baby je lah.. cari kedai-kedai online yang jual barang baby dengan harga yang berpatutan... 

See ya!

I'm on Pregnant

Setelah hampir sebulan lebih kami kawin, my 2nd peyed tak dtg2....my hubby tanya gk...tk peyed lg ke...aku ckp maybe lmbt kot coz dolu2 wktu aku bujang...peyed aku penah gk lmbt dtg...so tk la pelik sgt rasenye...then bila 2 mggu lepas tu my hubby tnya lg...aku pun cam pelik gk...

Plan asal cam nk g check up kt klinik tp rasenye better kami beli je dlu pregnancy test yg byk jual kt farmasi tu sblm g klinik...memula check just 1 line jek...tp my hubby tk puas ati...dia suh beli lg kit tu...so kami check lg...and lima minit lepas check, aku terkejut terkedu tak terkata apa2 bila tup tup ada dua garisan yang keluar menunjukkan aku positive mengandung tp tk bp clear sgt arr line tu...aku masih was2 lg tp my hubby da hepi sesangat..katanya aku pregnant...kami beli lg kit tu utk kepastian and result still sama...2 line but not clear...

So kami decide nk check up kt klinik je arr utk dptkan kepastian...my hubby kata confirm aku pregnant tp aku ckp jgn yakin sgt coz takut keciwa...hehehe...aku and mr hubby g Klinik Mediviron kt Ampang Point tu...and aku dpt doktor lelaki cina yg mmg aku tk suka lgsg lau dia yg bertugas...aku mmg tk suka cara dia dr zaman aku bujang lg wktu dptkan rawatan kt situ...cam berlagak giler...tk friendly lgsg...so aku pun wt la ujian air kencing...and result yg kami dpt dr doktor tu mmg menghampakan dan menyakitkan hati kami jek...

My hubby pun geram ngan doktor tu...my hubby siap byk kit yg mengatakan aku pregnant tu and tunjuk kt doktor tu tp doktor tu kata kit kami kt klinik ni lg canggih...lg accurate...tension jek dgr...aku ckp kt hubby...tk pa la..mungkin belum rezeki kita lg... my hubby ajak aku g Klinik Mediviron, Bandar Permaisuri lak utk check lg skali tp aku cam malas jek nk check takut hampa lg...setelah dipujuk, akhirnya aku g gk...

"Tahniah. Awak mengandung!"

Itulah kata kata pertama dari doktor bila saya dah di sahkan mengandung. Seriyesly berdebar gile masa tu. Sujud syukur kepadaMU Ya Allah. Result yg kami dpt dr klinik tu amat menggembirakan hati kami berdua.  My best fren suggest kt aku utk wt pregnancy check or scan kt klinik Azizah kt Ampang...coz katanya servis kt situ bagus...dia dlu pun wt check up pregnancy kt situ....2 kali aku di scan tp doktor kt Klinik Azizah tu ckp dorang tk nmpak lgsg denyutan jantung baby or fetus...tp kantung tu ade...doktor tu kata nk referkn aku kt HUKM utk rawatan lanjut...katanya kemungkinan fetus tk berkembang and kantung dlm rahim aku akan di cuci....

Ya Allah...time tu Tuhan jek yg tau betapa kecewanya hati aku...sedih sesangat...duk kt umah sorang2 pun leh mengalir air mata.....My hubby byk memberi sokongan kt aku....Thanks dear...Waktu ni kita suma tgh menyambut bulan Ramadan 2012....mungkin ini dugaan buat kami...so kami pun pegi la HUKM utk dptkan rawatan lanjut...doktor yg rawat aku wktu tu doktor lelaki...dia bwk aku g tmpt scan utk check skali lg...katanya mmg tk nmpak ape2 dlm kantung tu...tp dia suh aku blik umah dlu..berehat and sambut raya puasa dlu...after raya br dtg blik utk check...katanya lg jgn stress or risau sgt...so kami pun ikut jek la ape yg doktor tu ckp...lepas raya and seperti tarikh yg ditetapkan..aku g blik HUKM utk rawatan susulan...and resultnyer sgt menggembirakan kami...doktor dpt kesan fetus dlm kantung and denyutan jantung baby...alhamdulillah...aku ngan hubby bersyukur sesangat...and aritu gk aku da kena wt 'Buku Merah'...hehehehe... 

Thursday, 7 February 2013

I'm Getting Married

Hellooo.... 

Setelah setahun lebih aku dirisik oleh Mr. Bunny, akhirnya tiba hari yang di nanti2kan selama ni...i'm getting married...hehehe....btw actually my target kawin wktu umur aku 25 thn...tp da terlajak smpai 29 thn lak...tp alhamdulillah mungkin ini jodoh aku yg terbaik utk aku...He's a nice person for me... 

So tarikh 19 Mei 2012 adalah tarikh yang dipilih untuk majlis pernikahan dan persandingan belah aku. Actually plan kami nk wt pada tarikh 10 Nov 2012 coz nombor tu cantik gk...101112...hehehe tp family belah Mr. Bunny especially my mother in law skang ni nk awalkan...aku lak mmg bz giler ngan study...actually tarikh kawin aku tu selepas 1 mggu aku selesai final exam....huhuuhuh mmg kelam kabut arr...mana nk pk exam..mana nk pk persiapan kawin lg...tp alhamdulillah...sumanya berjalan lancar... 

Aku ade wt sesi pre-wedding with photography Titian Songo...lokasi pre-wedding kami kt area Putrajaya jek coz kebetulan wktu tu ade Hot Ballon...so aku amik kesempatan wt our pre-wed kt situ arr... 

Ok arr...next time aku citer lg k...see ya...