About Me

My photo
Aloha! I'll do what makes me happy...be with who makes me smile..laugh as much as i breathe & love as long as i live....

Monday, 30 May 2011

SiNaraN MunCuL keMbaLi

Hi...i'm back...Jumaat br ni aku received call from bengkel keta...katanya my herbie dh leh kuar....heheheh suka sgt2..excited...tk sangka lak cepat tui dorang wt...estimated 4 days tp 2 1/2 days jek dh leh siap...walaupun excited tp risau gk la kot2 lau dorang wt kije cincai jek kn...asal siap...so after kije ptg jumaat tu, aku pun g la menuju ke bengkel tersebut with My Bunny....excited sgt2 bila tgk my herbie dh sihat :D...dh hensem dh...tp tk macho cam dlu la...dpt bumper yang original blik...thanks tokei..harap2 herbie akan terus sihat dan akan berkhidmat untuk aku...


Hasta la Vista baby...Welcome hoMe...


Front

Rear



Friday, 27 May 2011

Mencari KekuaTan disebalik DugaaN yang HadiR...


Assalam....


Syukur alhamdulillah kerna masih diberi kesempatan untuk mencoret post yang terbaru ini...title kt atas tu pun dh melambangkn mesti kisah sedih yang bakal dilayangkan disini.  Bila kita cite pasal dugaan ni...biaselah ujian yg Allah berikan kepada hambanya untuk menguji ketaatan hambanya dalam mengingatiNya..Hidup kita ni tak kan sempurna tanpa ujian dan cabaran hidup...betul tak????  Aku pun tk terlepas dr menerima pelbagai dugaan dlm mengharungi kehidupan ni.  

Semalam - Khamis, 25th May 2011 @ 7.30 pagi, aku terlibat dengan kemalangan jalanraya di MRR2, Kuala Ampang.  Melibatkan my herbie iaitu perodua kancilku dan proton wira serta sebuah MPV lagi.  Kancilku berada ditengah2...huhuhuhuh...ketika tu aku berada di lorong kanan sekali.  Pada ketika itu, aku dlm perjalanan menuju ke officeku.  Sebuah MPV didepanku tiba2 membuat 'emergency break' dan menyebabkan aku turut sama menekan break kereta sehabis mungkin...lau ikut pemerhatian dan penyiasatan aku la...rase2 aku dapat mengelak dr melanggar belakang MPV tersebut becoz sewaktu aku break tu...aku dapat rasakan bahawa keta aku dh berenti hampir dengan MPV berkenaan.  Akan tetapi nasib tidak menyebelahiku, kereta wira dibelakangku rupanya tidak dapat mengawal keretanya lalu menghentam bumper belakang herbieku itu dan secara tidak disengajakan, aku turut menghentam belakang MPV...huhuhuhu...kesian sweetheart aku sbb mengalami kerosakan di bhgn belakang dan bhgn depan... hilanglah macho ketaku itu....huhuhuh...keta kancil tu merupakan kenderaan pertama yang aku miliki dan hampir 4 thn kereta tu dah berjasa kepadaku.  Kejadian tu berlaku sangat pantas.  Aku pun tak sedar samada berlaku hentakan kt kepala aku atau tk.  Yang pasti aku tgh panik memikirkan keadaan keretaku yang kemungkinan rosak teruk.  1st skali yang aku perhatikan ialah kereta MPV didepanku..adakah MPV tersebut rosak teruk.  Akan tetapi MPV tersebut hanya berlalu begitu sahaja setelah pemandunya memeriksa kenderaannya.  Kemungkinan tidak mengalami kerosakan kt MPV dia kot.  Besa la...MPV la katakan....kebal la kot...Then tiba2 datang sorang budak cina dr arah belakang keta aku...rupanya dia la pemandu keta wira kt belakang tu.  Hmmm still young lg...dia mcm risau sgt sebab tatau sapa yang bersalah.  Aku pun panik gk sbnrnya tp ape yang aku buat ialah aku amik no hp dia beserta nama dia dlu then aku catatkan no plat keta dia.  After that aku catat plak no ic dia untuk langkah berjaga2.  Budak tu suh aku berckp thru phone ngan ayah dia untuk decide nk settlekan hal accident ni cmne.  Budak tu actually otw nk g kolej.  Dia study kt Kolej TAR.  Dia pun br dapat lesen keta.  Dia panik coz takut lesen dia kena gantung sbb accident ni.  Niat dihati nk g kije utk aritu terus berubah menjadi Emergency Leave la nmpaknyer.  Tp orang pertama yang aku hubungi utk menjadi hero pg tu ialah My Bunny :D...thanks a lot ya...U r my Hero...lebih kurang half an hour gk tunggu My Bunny nk sampai.  Sementara menunggu tu, ade jek la orang2 yang kije kt bengkel2 keta ni berenti nk offer suh repair kt tmpt dorang la tu...aku jwp 'it's ok....i dh ade bengkel nk anta...i tunggu orang ni'...so depa pun beredar la...heheheheh rimas pun ada bila time2 kita panik ni dtg org nk offer2 bengkel lak...tp actually ok gk la, kot2 lau kita tatau ape nk wt kn...depa ni leh assist cuma korang pandai2 la ye nk deal ngan depa2 ni...sementara menunggu My Bunny tu aku make a phone call to my supervisor that i'm taken emergency leave for that day becoz terlibat ngan accident.  She's very nice person...she said, ‘owhh ok..u take care haa’... :)..After that aku wt lg phone calls to my Brother mentioned that aku accident.  Suara dia cemas gk tp aku ckp aku ok and tunggu Bunny sampai jek utk g bengkel coz ayah bdk cina td kata nk settle luar and tanak wt police report.  Sbb tu aku nk terus g bengkel jek....Abang aku suh be careful...pape inform dia balik...After that aku call my best fren, Mau...bgtau yang aku terlibat dlm kemalangan...dia risau sgt...tp dia banyak membantu aku walaupun hanya thru phone...thanks a lot dear...Tak lama lepas tu, My Bunny pun sampai. Kami terus g bengkel yang berdekatan.  At the same time, kami calls ayah bdk cina td utk decide berjumpa kt bengkel tu la...Pada mulanya dia nk settle luar jek...alih2 dia tukar pikiran..dia nk wt police report tp dia request kt kami supaya jangan boh nama anak dia wktu report nanti.  Maybe coz tanak nanti lesen anak dia digantung kot..  Tp since dia sndiri pun tanak settle luar and nk wt police report, so kami pun wt police report gk tp ttp letak anak dia sebagai pemandu kenderaan kerana sememangnya bdk tu yang pandu keta tu pun kn...After make a police report, aku terus pegi ke bengkel di kawasan berdekatan rumah untuk repair kerosakan pada my sweetheart tu...kira overall cost under insurance keta wira tu la...so everything orang bengkel akan uruskan from A-Z...aku juga diberi keta proton saga manual untuk kemudahan aku ke tempat kerja selama 3 @ 4 days ni.  Syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkan.  Police trafik Ampang juga sangat friendly dan segalanya dipermudahkan sehinggalah urusan di bengkel keta.  Aku ni bukan la reti sangat nk drive guna keta manual coz 1st car aku yang masuk workshop tu pun jenis Auto.  Tp aku terpaksa gagahkan diri gk ler nk bawak keta saga manual tu.  Alhamdulillah semuanya ok...Cuma aku masih terasa pening lg kt kepalaku. Mungkin akibat dari hentakan kuat wktu accident tu kot...Esoknyer aku g kije cam besa...rupanya budak2 kt opis dh ramai yang tau...ramai yang bertanya.  Thanks guys coz caring bout me.  Ramai yang suh aku g wt check up kt kepala aku coz takut lau ade internal bleeding or gegaran.  Tapi aku hold dlu untuk wt check up sehingga la ptg tu br aku g klinik panel company.  Doctor just kata aku cedera urat and dia just bg ubat tahan sakit but dlm masa terdekat ni lau mengalami muntah darah or anything, dia suh datang blik for follow up medical check up...And now aku tgh merehatkan kepala dan badanku supaya cepat segar n sembuh...  

Syukur sangat2 coz aku masih diberi kesempatan utk meneruskan kehidupan ni bersama orang2 yang tersayang…Thanks Bunny coz banyak sgt membantuku….



Front

Rear


Monday, 23 May 2011

SabarlaH WaHai HaTi...

Bismillah

Asalamualikum

..." aku yakin kesabaran itu PaHit tapi Allah janjikan KemanisaN disebaliknya " semoga aku berjaya melalui semua duga ini dengan penuh kesabaran dan keizinan dariNya jua - amin
Allah subhanahu wata’ala berfirman (artinya): “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan ganjaran mereka tanpa batas.” (Az Zumar: 10) *



Saturday, 21 May 2011

DuRiaN CaKe..

Hurmm....sebut pasal durian...mesti ramai org suka mkn durian kn..aku tk terkecuali..mmg minat sgt ngan durian ni...tk kisah la ape pun jenis makanan tu asalkan bersumberkan durian...aku akan mkn...kelmarin one of my colleague kt opis tu beli la 1 slice kek durian and di share 4 org...nk bg rasa katanya...sedap sgt2...mmg tk ckup la coz kami share 4 org kn...


So, smlm wktu lunch aku g mkn kt salah sebuah restaurant kt area opis ngan colleague.  Ghupe2nyer kt situ pun ade jual kek...pas je order makanan, aku terus menuju ke tmpt kek tu...nk tgk kot2 ade yg berkenan di hati...alih2 aku nmpak kek durian again...wow...hehehehe....lepas jek abih mkn..aku pun g la tapau 2 slice of durian cake tu...1 for me and another 1 for my Bunny...lau tk beli kt dia kang merajuk lak...ahaks...rege cake tu rm6.80/slice...before beli tu aku tnya kt org yg jual kek tu...'sedap tk?'dia ckp 'sedap'..aku jwp balik...'Lau tk sedap saya pulang blik ek kek ni'...:p tp mmg spt yg orang tu ckp la...sedap gilerr...mmg terasa durian tk dlm layer cake tu...berbaloi3...


here's the pics:-




Just 2 of us

Close up skit..

Nyum..Nyum...

PabiLa WaniTa BersuaRa!


Kadang-kadang mood wanita sering berubah-ubah terutama apabila usianya makin meningkat.
Pasangan perlu prihatin dan peka dengan perubahan perasaan wanita, cuba memahami dan tidak mudah mengalah untuk memenangi hatinya.


Antaranya cubalah memahami 'body language' wanita dan membaca yang tersirat di sebalik kata-kata yang diucapkannya.


Berikut contoh kata-kata yang bertentangan dengan kehendaknya yang sebenar :
bila dia berkata 'awak lupakanlah saya' bermaksud dia mahu pasangannya menyayanginya sepenuh hati tanpa ada orang lain.
bila dia berkata 'jauhkanlah dirimu dariku' itu bermakna dia mahu pasangannya mendekatinya dan membelainya dengan rasa cinta.
bila dia berkata 'awak jahat @ nakal @ gila' maksudnya dia benar-benar menyukai apa yang dilakukan atau diucapkan pasangannya.
bila dia berkata 'saya tiada apa-apa yang mahu diucapkan lagi' itulah tandanya terlalu banyak yang ingin diperkatakan olehnya tetapi tidak tahu di mana harus bermula.


Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan wanita, kerana bicaranya adalah sebaliknya.

11 PeSanaN AyaH!!!


Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu.
Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat mengganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.
Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangan sesekali berasa putus asa terhadap apa yang kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yang kamu impikan selama ini.
Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.
Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri.
Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan.
Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.
Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya.
Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.
Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.
Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.

Wednesday, 18 May 2011

Golden Cup Cake

Alohaa...today's special...heheheh..actually pepagi td aku dh sarapan dh...pekena roti bakar...tp duk teringin la sesangat ngan sponge orange cake or mini cup cake yg jual kt kedai roti sekitar opis tu...aku bgtau la kt My Bunny yg aku tingin sesangat ngan salah satu makanan tu....My Bunny said 'Ciannyer dia...nanti kita g beli k'...Bling2 mataku...

Kedai tu namanyer Berry's....masuk jek dlm kedai tu, mata aku dh melilau mencari 2 makanan yang aku idam2kan tu...kek sponge orange tu tadak...tp cup cake tu ade :D...nama cup cake tu Golden Cup Cake...ade 4 pcs dlm satu pack tu...rege dia just RM3.40....Sedap...Try la...




Now u see it

Now u don't

AyaT CiNta KePada KekasiH


Biarpun ayat-ayat cinta itu sudah tua, rapuh, luluh dan lusuh,
Cinta itu tetap Segar Mekar dan Semakin Dalam,
Cinta itu yang Kau beri,
Cinta itu dengan Hati, Sanubari, Rohani & Jasmani,
Dengan Cinta Datangnya Sabar,Orang Bercinta tiada Gusar,Apa berlaku hanyalah Mata Kasar,Mata hati tetap berkobar-kobar.
Dengan Cinta tiada Was-Was,
Apa dibuat biarlah berbalas atau tidak berbalas,
Waktu bersua, diri sentiasa kemas,
Wangian harum, percikannya ikhlas.
Dengan Cinta Sentiasa Mahu Berhubung,
Juga Rasa Mahu Bersama,
Harapan tinggi sampai ke penghujung,
Selepas Nyawa bertemu di Syurga
Dengan Cinta datang pengorbanan,
sentiasa hidup dalam bantuan,
Sungguh indah Hidup Bertuhan,
Kerana Allah, Cintaku murnikan.
Lembaran Cinta tanda kekuasaan,
Sentiasa ada sepanjang Zaman,
Melalui Kekasih Dia Sampaikan,
Buat pedoman cinta sepanjang Jalan.
Dengan Cinta penuh Pengharapan,
Takutnya hilang cinta dari Tuhan,
Sentiasa Diri dalam Persiapan,
Sampai waktu, akan disemadikan.
Ya Allah! Aku minta kepada Engkau semua kebaikan masa kini dan akan datang samada yang aku ketahui atau tidak dan tahu dan aku berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan yang masa kini dan akan datang samada yang aku tahu atau tidak.

Doa itu adalah Ayat-Ayat Cinta kita Kepada Pencipta, Allah Swt. Semoga Cinta Kita Terus Mekar Mewangi.
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
(Surah Ali-Imran 3:  Ayat ke 31)


Tuesday, 17 May 2011

PenGGantung HandbaG & CermiN

First of all, 'Selamat Hari Wesak' kepada penganut2 yang beragama Buddha....


Perkara yang aku nk storykan kali ni tadak kena mengena pun ngan hari wesak ni....last sunday, aku jenjalan ngan My Bunny...memula nk praktis bowling tp lama sgt tunggu turn, so kami decide g berlegar2 la kwsn yang berdekatan dlm shopping mall tu.


Guest what?Kami ter'berenti' kt satu gerai ni..dia jual cenderamata 'Cermin 2 side' and 'Penggantung Handbag'.  Macam2 jenis and corak ade...mmg rambang mata sungguh la...memula tu malas la nk beli..alih2 My Bunny ni suh pilih nk corak yang mana..katanya dia belikan...wow...bersinar2 la mata...ngeh ngeh ngeh...


Memula tu just suh amik yg penggantung handbag jek...lepas tu entah cmne tah, mata n tgn ni tetiba leh g belek skali cermin yg 2 side tu....bila dh pegang tu mmg tk lepas la...coz kaler dia lebih kurang cam kaler penggantung handbag tu...cam sepasang lak tgk....yang sonoknyer My Bunny ckp 'Amik je la dua2 skali'..... :) :) :) sonok! sonok!sonok!


Thanks a lot My Bunny.....lurve it so much...


So here's the pics....





Monday, 16 May 2011

Banana Split ... idamankuh!

\

ni la banana splitnyer :)
ada 2 perisa taw...

Actually aku mula mengenali eskem ni baru semalam....tu pun kebetulan nmpak ade sorang budak pmpuan ni ngah khusyuk makan eskem...aku pelik sangat tgk eskem yg dia makan...dlm pale ni duk pk...asal la eskem bdk tu ade cam kulit pisang ek...sepanjang aku idup la...tk penah lg aku mkn or jmpa eskem yang ade kulit cam daun pisang ni....mmg len dr yg len la...dalam hati dh tanam hasrat...aku MESTI cari eskem ni...aku bgtau kt My Bunny yang aku nk eskem tu... :)

Dia kata oke...nanti kita cr k....(dalam ati aku duk berkata...tk kira ape cara skalipun..aku akn dapatkn eskem tu aritu gk) and bila nmpak jek pakcik eskem yg nek moto lalu jek...aku terus la bersore...cepat tanya kt pakcik tu...ade tk eskem pisang...hahaha...ngalahkn budak pmpuan tadi lak perangai aku ni...bila pakcik tu kata ade jual...and namanyer Banana Split...terus muka aku berseri2 cam dapat cincin diamond...tk sabar nk makan eskem tu...pakcik tu jual rm1.50...and bila aku mkn eskem tu...mmg menjadi cam bdk pmpuan td mkn...ade belahan cam ala-ala kulit pisang gitu...aku beli eskem yg kulit kaler kuning....yang tu perisa vanila bersalut ngan jeli perisa anggur...shedappp...


sebelum dikupas kulitnyer...

And td wktu aku lunch..aku g la singgah kedai sblh opis tu...rupanye kedai tu pun ade jual eskem ni la...rege dia rm1.00 jek....rupenyer pakcik kelmarin aku beli tu mmg amik untung giler2 la...so ngan rege yg murah tu mmg aku tk lepaskn peluang la..aku beli yg kaler ijau lak...yg tu perisa vanila gak tp bersalut ngan jeli perisa mangga....shedappp gk...


beginilah rupanye bile kulit dh terbuke tp eskem vanila dia dh kena ngap la skit...hehehe :)

menarik kan x penah kot dibuat org yg eskem buleh bukak mcm pisang nie...silap2 hari bulan nanti, msti ade eskem bentuk ladybug plak!!!ahahaha =)
but nice try....

Apa masalah dia agaknya yer?



Kecoh skarang dengan kes simbah asid yang semakin teruk di sekitar KL. Lebih-lebih lagi bila si suspek ni menyasarkan kaum-kaum hawa yang ada diluar sana untuk disimbah asid.
Bila perkara macam ni berlaku, memang buat sumer orang geram dan marah. Wanita + Remaja perempuan yang tak bersalah menjadi mangsa. Kalau diikutkan statistik, semua mangsa yang disimbah tak ada kaitan pun dengan suspek. Pendek kata semuanya segala rawak. 


Mungkin si suspek ada sejarah hitam dengan wanita, tapi tak perlulah nak dendam kat semua wanita sampaikan macam ni sekalikan. Ingat lah tak semua wanita sama, ada yang baik dan ada yang jahat. Sama jugak macam lelaki.
Please, stop this thing, selama nie kita semua duduk di dalam negara yang aman, rakyat yang berbilang bangsa, tolong menolong sesama kita tapi kenapa nak buat benda-benda yang boleh mendatangkan kemarahan kepada orang lain ?
Until today, suspect masih berleluasa, pihak polis dah mengeluarkan gambar suspek dan juga kenderaan yang dinaiki untuk mondus operandinya. Sesiapa yang ternampak suspek ini dengan menaiki motor Honda EX5, No WPV 4963 silalah hubungi pihak polis dengan kadar segera yer.
Akhir sekali, aku harap kes ni cepat-cepat la selesai. Kasihan tengok kaum-kaum hawa yang terpaksa berjalan dalam keadaan ketakukan. Lagi satu, sebagai satu langkah peringatan, kalau kaum wanita berjalan sorang-sorang, bawa satu bekas air mineral k. In case terkena asid, boleh basuh cepat-cepat dengan air yang dibawa. Tapi harap tak terjadi lah kan. Amin.


Sunday, 15 May 2011

M o r n i n G ....

M - Make the most of it.
O - Open your heart and mind.
R - Remember to thank God.
N - Never frown.
 I -  Imaging me.
N - Nothing to worry.
G - Good Morning!